Apa itu nombor perdana?
Dalam subjek matematik, nombor perdana ialah nombor yang lebih besar daripada angka 1 yang hanya boleh dibahagi dengan 1 dan nombor itu sendiri.
Contohnya, seperti nombor 3. Nombor 3 lebih besar daripada 1 dan hanya boleh dibahagi dengan1 dan 3. Jadi nombor 3 adalah nombor perdana.
Nombor 4 boleh dibahagi dengan angka 1 dan juga angka 4 itu sendiri tetapi nombor 4 juga boleh dibahagi dengan angka 2. Jadi nombor 4 bukan nombor perdana.
Sepuluh nombor perdana terawal terdiri daripada 2,3,5,7,11,13,17,19,23,29.
Nombor perdana terkecil adalah nombor 2 dan merupakan satu-satunya nombor genap dalam nombor perdana.
cr: Photo by Nadine Shaabana on Unsplash
Comments
Post a Comment