Kesalahan lazim dalam membundarkan sesuatu nombor kepada bilangan angka bererti



Kesalahan lazim dalam membundarkan sesuatu nombor kepada bilangan angka bererti:

Tidak dapat membundarkan sesuatu nombor kepada bilangan angka bererti yang dinyatakan.
Contoh: Bundarkan 9 213 kepada 3 angka bererti.

 9 213 = 921 (SALAH)

9 213 = 9 210 (BETUL)

Nota: Jawapan mestilah hampir dengan nilai sebenar.

Bundar bertujuan untuk 'mencari' nilai yang PALING HAMPIR dengan nilai yang perlu dibundar.
Jadi, 9213 dibundarkan kepada 921 adalah salah kerana nilai tersebut tidak menepati maksud bundar itu sendiri dan 'lari' jauh dari nilai asal. 9 ribu dan 9 ratus adalah nilai yang ketara berbeza.

Pelajar cenderung melakukan kesalahan ini mungkin disebabkan keliru dengan konsep angka bererti dimana angka kosong dalam sesuatu nombor bulat boleh jadi bererti atau tidak bergantung kepada tahap kejituan yang diperlukan seperti contoh 300 mempunyai 1 angka bererti sahaja jika ketepatannya adalah kepada ratus yang hampir. Jadi, pelajar cenderung untuk tidak meletakkan angka kosong dan hanya menjawab jumlah angka yang 'dianggap' bererti mengikut kehendak soalan.

Baca: Angka bererti



cr: Photo by Nathan Dumlao on Unsplash

Comments