Angka Bererti



Angka Bererti/Significant Figures

Peraturan-peraturan untuk menentukan bilangan angka bererti dalam sesuatu nombor.

1. Semua digit selain kosong ialah angka bererti.
Contoh: 35 678 mempunyai 5 angka bererti.
                  21.34 mempunyai 4 angka bererti.

2. Nombor kosong yang terletak di tengah-tengah antara nombor bukan sifar (nombor selain kosong, e.g; 1,2,3, etc.) ialah angka bererti.
Contoh: 3909 mempunyai 4 angka bererti.
                  1.03 mempunyai 3 angka bererti.

3. Nombor kosong yang terletak di sebelah KANAN nombor selain kosong, sebelum DAN selepas titik perpuluhan ialah angka bererti kerana nombor-nombor kosong itu menunjukkan kejituan pengukuran yang dibuat. (kejituan = accuracy)
Contoh: 320.0 mempunyai 4 angka bererti
                 7.600 mempunyai 4 angka bererti

4. Nombor kosong yang terletak SEBELUM nombor selain kosong yang pertama dalam nombor perpuluhan yang KURANG daripada 1, bukan angka bererti kerana nombor-nombor kosong tersebut hanya menunjukkan kedudukan titik perpuluhan.
Contoh: 0.00034 mempunyai 2 angka bererti.
                  0.01 mempunyai 1 angka bererti.

5. Nombor kosong yang terletak selepas nombor selain kosong dalam satu nombor bulat mungkin angka bererti ataupun tidak bergantung kepada tahap kejituan yang diperlukan.
Contoh: 200 mempunyai 1 angka bererti jika ketepatan adalah kepada ratus yang hampir.

Baca: Kesalahan lazim dalam membundarkan sesuatu nombor kepada bilangan angka bererti

200 mempunyai 2 angka bererti jika ketepatan adalah kepada puluh yang hampir.

200 mempunyai 3 angka bererti jika ketepatan adalah kepada sa atau nombor bulat yang hampir.



cr: Photo by Aleks Dorohovich on Unsplash

Comments