a. Selesaikan masalah berikut.
Berdasarkan jadual di atas, hitung jumlah keluasan Malaysia.
Solusi:
Keluasan Semenanjung Malaysia ialah 0.132 juta km2.
Tukarkan kepada nombor bulat untuk memudahkan pengiraan.
0.132 juta km2, alihkan titik ke kanan sebanyak 6 kali menjadi 132 000 km2
Keluasan Semenanjung Malaysia ialah 132 000 km2
Keluasan Sabah dan Sarawak ialah 66 000 km2 lebih daripada Semenanjung Malaysia
Keluasan Sabah dan Sarawak = 132 000 km2 + 66 000 km2
= 198 000 km2
Keluasan Malaysia = Keluasan Semenanjung Malaysia + Keluasan Sabah dan Sarawak.
= 132 000 km2 + 198 000 km2
= 330 000 km2 @ 0.33 juta km2
b. Sebuah kilang mengeluarkan 1.08 juta keping biskut pelbagai perisa seperti perisa kopi, coklat dan lemon. Bilangan biskut perisa kopi dan coklat masing-masing ialah 250 000 keping. Kira bilangan biskut perisa lemon itu.
Solusi:
Jumlah kesemua perisa biskut: 1.08 juta keping bersamaan dengan 1 080 000 keping
Biskut coklat = 250 000 keping
Biskut kopi = 250 000 keping
Biskut lemon = Jumlah semua biskut - biskut coklat - biskut kopi
= 1 080 000 - 250 000 - 250 000
= 580 000 @ 0.58 juta keping
c. Bilangan pengundi di Pusat Mengundi V adalah 3 kali bilangan pengundi di Pusat Mengundi W. Beza antara bilangan pengundi itu ialah 0.1 juta orang. Berapakah bilangan pengundi di:
i. Pusat Mengundi V?
ii. Pusat Mengundi W?
Solusi:
Pusat Mengundi V = 3x Pusat Mengundi W
Kita wakilkan jumlah pengundi di Pusat Mengundi W sebagai x.
Pusat Mengundi W = x
Pusat Mengundi V = 3x
Pusat Mengundi V - Pusat Mengundi W = 0.1 juta orang = 100 000
3x - x = 100 000
2x = 100 000
x = 50 000
Pusat Mengundi W = 50,000 orang
Pusat Mengundi V = 3 x 50,000 orang
= 150,000 orang.
cr: Photo by Yasmin Dangor on Unsplash
Bagus tapi kalau dengan ayat matematik lagi faham.
ReplyDeleteTerima kasih saya senang buat kerja sekolah 𝓲𝓷𝓲
ReplyDelete